YB Roslan Angkat Sumpah ADUN Merlimau

MELAKA, 7 Mac – Roslan Ahmad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Merlimau.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad.

Majlis tersebut diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka kali ke-12.

Turut menyasikan acara itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Roslan, 44, selaku calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kawasan DUN Merlimau semalam dengan menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Dengan kemenangan Roslan yang juga Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, BN mengekalkan 23 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

Lima lagi kerusi diduduki wakil DAP.

Dewan turut merakamkan penghargaan dan menyampaikan bacaan Al-Fatihah kepada mantan DUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidir Abdullah yang meninggal dunia 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s