Calon BN Yakin BN Kekal…. Majoriti Bertambah

JASIN, 5 Mac – Calon  Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, yakin BN akan terus kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dengan majoriti undi yang lebih tinggi berbanding pilihanraya umum 2008.

Jelas beliau sepanjang kempen yang dilakukannya dan jentera BN, pengundi telah memberi respon yang cukup positif walaupun diasak dengan pelbagai serangan dan fitnah pembangkang.

“Saya bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.

“Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen, penduduk di kawasan DUN itu hanya mengutarakan masalah kecil seperti mahukan lebih banyak kemudahan infrasruktur, yang sedang diatasi kerajaan.

Katanya sekiranya dipilih oleh pengundi pada pilihan raya itu Ahad, sebagai langkah pertama beliau akan memastikan semua masalah yang diutarakan kepadanya diselesaikan secepat mungkin.

Pada pilihanraya kecil DUN Merlimau ini Roslan dicabar calon Pas, Yuhaizad Abdullah, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s