Skuad “Gelombang Merah” Serang & Tawan Pekan Merlimau

JASIN, 4 Mac – Pekan Merlimau dan kawasan sekitarnya hari ini “diserang” Gelombang Merah Skuad Jalinan Rakyat Barisan Nasional (BN). Lebih membangkitkan lagi semangat skuad itu, serangan tersebut turut disertai Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam.

Skuad Gelombang Merah tersebut bukan sahaja berkempen malah mengedarkan pelbagai risalah menangkis apa jua serangan dan fitnah pembangkang menjelang hari-hari terakhir sebelum hari pengundian 6 Mac ini.

Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar menjelaskan terdapat 30 risalah diedarkan lebih 1000 skuad tersebut bagi memastikan pengundi tidak terkeliru dan terpedaya dengan dakyah serta fitnah pembangkang khususnya Pas.

“Kita telah pun bergerak ke seluruh peti undi di Merlimau dan petang ini kita menumpukan gerakan kita di Pekan Merlimau dan kawasan sekitarnya.

“Inilah kekuatan wanita dan nadi kepada rakyat. Kita mahu pengundi menolak pembohongan pembangkang yang hanya datang ke sini untuk menabuf fitnah”, katanya.

Apa yang dilakukan jentera Wanita BN ini juga kata beliau sekaligus menolak cubaan pembangkang yang mendakwa kononnya wanita tidak menyokong calon BN.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam mahu jentera wanita terus mengasak pembangkang yang tidak habis-habis membawa politik kotor di negeri ini.

“Gasak mereka habis-habis. Kita tak jemput mereka datang tapi kalau datang jangan bawa fitnah dan menipu orang Merlimau.

“Nampaknya jentera kita terus bersepadu…. Baik Wanita, Pemuda dan Puteri serta komponen BN bersatu berkempen untuk memenangkan calon BN. Ini satu petanda cukup baik bagi menjamin kemenangan kita”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s