Jentera Pas Makin Semput…. Guna Taktik Perkauman Lapuk Hasut Pengundi Cina, India

JASIN, 5 Mac – Jentera pembangkang khususnya Pas di Merlimau kini tidak lagi memberi tumpuan untuk berkempen mendekati pengundi sebaliknya sedang sibuk mencari dan mencipta pelbagai alasan bagi menutup malu kekalahan mereka nanti.

Seperti kebiasaan selain menuduh jentera Barisan Nasional (BN) melakukan sabotaj, jentera pihak lawan kini giat menabur pelbagai fitnah termasuk menuduh BN mengedarkan risalah menghina kaum Cina dan India.

Taktik sedemikian sebenarnya strategi lazim digunakan pembangkang menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian selepas menyedari undi daripada pengundi Melayu tidak lagi berpihak kepada mereka.

Selepas menuduh BN menerusi pertubuhan NGO Perkasa kononnya mengedarkan risalah mengugut pengundi Cina kini timbul pula dakwaan kononnya jentera BN menghina pengundi India.

Ini dilakukan selepas menyedari sokongan pengundi India yang hampir 100 peratus kepada calon BN, Roslan Ahmad.

“Teruskan kempen jentera kita…. Sokongan calon BN nampaknya semakin meningkat… pengundi India telah pun berjaya kita putihkan… dah tak hitam lagi dah… malah pengundi India yang kita temui beri jaminan 101 peratus sokong calon kita”, demikian kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam dengan nada jenaka ketika menghadiri pertemuan dengan jentera Wanita BN di sini.

Mungkin perkara inilah yang membuatkan jentera pembangkang semakin tak senang duduk hingga mereka terpaksa mencipta dakwaan terbaru membabitkan pengundi India pula.

Malah ketika Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkunjung di Bilik Gerakan Parti Makkal Sakthi, beliau telah difahamkan pengundi India tidak lagi terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.

“Pengundi India sudah sedar bahawa tidak ada parti lain yang benar-benar boleh membela nasib semua kaum di negara ini.  Kita yakin parti Makkal Sakthi mempunyai peranan penting untuk menarik sokongan pengundi India.

“Nilai pengundi India sama penting dengan nilai undi kaum lain.  Kalau nilai undi kaum India satu…. Begitu juga nilai undi kaum Melayu dan Cina… sama penting”, katanya.

Sebelum itu beliau juga turut mengingatkan jentera BN dan pengundi dengan serangan saat-saat akhir pembangkang.

“….kadang-kadang bila terdesak ada pihak tu dia koyak poster dia sendiri….kita boleh tuduh dia begitu… kadang-kadang terdesak cermin kereta sendiri dia pecah…jadi jangan tuduh sembarangan.

“Biasanya ikut pengalaman kita di berbelas-belas pilihanraya kecil… di hujung-hujung ini entah apa risalah, gambar lagi yang fitnah akan dikeluarkan… itu jentera kena terus kerja dan memantau… kepada para pengunid jika nampak benda-benda fitnah macam ni ambil dan buang dalam tong sampah”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s