Drama Tragis Di Merlimau… Bapa Saudara Tibai Yuhaizad, Ahli Pas Bantai Pas

JASIN, 5 Mac – Nampaknya calon Pas  bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah serba tempang dan malang.

Selain didakwa menipu kelulusan akademiknya selain rekod kerja yang buruk di sebuah kilang serta tidak mendapat sokongan keluarganya yang rata-rata menyokong Barisan Nasional (BN) kini beliau berdepan dengan satu lagi isu baru yang lebih menggemparkan.

Calon Pas itu kali ini berdepan pulan dengan serangan daripada bapa saudara tirinya pula, Ahmad Ismail.

Hari ini Ahmad, 63, sudah mula melancarkan kempen mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang memilih Yuhaizad sebagai calon di kawasan DUN Merlimau ini.

Bapa saudara calon Pas ini bukanlah calang-calang orang.  Beliau ialah bekas Setiausaha Pas Kawasan Bukit Katil dan beliau sehingga kini masih lagi ahli Pas.

Serangan ini gara-gara masalah kewangan yang terjadi sewaktu Ahmad, Yuhaizad dan abangnya terlibat dalam satu perniagaan ladang getah di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira tiga empat tahun lepas.

“Dia tuduh saya tidak membayar balik wang Bank Rakyat yang diberikannya pada saya untuk perniagaan ini sedangkan saya sudah pun membuat pembayaran ke dalam akaunnya, resit-resit semuanya ada sebagai bukti.

“Saya difitnah hingga dipinggirkan di dalam keluarga, orang macam ni tak layak jadi wakil Pas, apatah lagi hendak jadi wakil rakyat,” katanya di sini.

Beliau juga kesal calon Pas, Yuhaizad sanggup tidak mengaku bahawa beliau adalah bapa saudaranya hanya kerana untuk menutup malu apabila masalah ini berlaku.

Malah beliau turut kecewa apabila mereka menuduhnya melakukan pembohongan.

“Saya ada cukup bukti…resit-resit pembayaran.  Malah orang Pas juga tahu kebenaran perkara ini, mereka ada datang bertemu saya”, ujarnya.

Justeru beliau berharap pengundi di Merlimau agar menolak calon Pas yang disifatkan sebagai tidak layak untuk menjadi wakil rakyat.

“Kalau saya sebagai bapa saudaranya pun dia sanggup berbuat begitu apatah lagi kepada rakyat.

“Saya juga beri amaran kepada Pas agar jangan mencabar saya…. Kalau saya dedahkan banyak perkara Pas di Melaka ini boleh lingkup”, katanya.

Beliau juga bersedia mendedahkan banyak lagi penipuan yang dilakukan bukan saja Pas terhadap dirinya malah rakan pakatan pembangkang PKR.

“Tunggulah masa saya akan dedahkan satu persatu”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s