Awal-awal Lagi Parti Lempeng Dah Kena 2 – 0

JASIN, 5 Mac –  Kurang 12 jam sebelum hari pengundian bermula Barisan Nasional (BN) sudah mendahului calon Pas, 2 – O, begitulah kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam ketika menghadiri Majlis Perasmian Mesin & Pelancaran Produk 3G dan Chantek OK di Kawasan Perindustrian Merlimau di sini.

“Belum apa-apa Pas dah kena dua kosong sebab awal-awal lagi kita dah dapat dua undi.  Calon kita Roslan dan isterinya pengundi di sini… calon Pas orang luar tak mengundi di sini.

“Kalau campur dengan 242 pekerja di sini, kita dah dapat 254 undi”, katanya merujuk kepada pekerja Kilang Heritage Drinks Industries pengeluar produk Orang Kampung yang secara spontan melaungkan slogan “Hidup BN”.

Tegas beliau lagi pengundi di Merlimau perlu memberi sokongan padu kepada calon BN bagi memastikan pembangunan di kawasan ini terus rancak terutama peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Jangan tersalah pilih…. Jangan pilih parti lempeng (Pas)…. mereka datang bukan nak tolong pengundi…. calon mereka pun tak mengundi sini”, ujarnya.

Beliau seterusnya yakin dengan sokongan warga industri serta pengundi-pengundi baik dari kaum Melayu, Cina dan India.

“Mudah-mudahan kita boleh menang dengan cemerlang esok”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s