Sokongan Makin Padu : Pengundi India Muslim Janji Sokong Calon BN 100 Peratus

JASIN, 4 Mac – Walaupun pengundi India Muslim hanyalah pengundi minoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau namun nilai dan kepentingan undi mereka tetap sama dengan pengundi lain di kawasan ini.

Oleh kerana itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Syed Ibrahim Kader mahu pastikan seramai 412 pengundi golongan berkenaan turun mengundi pada 6 Mac ini untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Jelas beliau sejak kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau ini bermula pihaknya sudah menjejaki kesemua pengundi berkenaan dan mendapat jaminan bahawa mereka semua akan memberi sokongan padu kepada BN.

“Dari 412 pengundi terbabit 42 orang merupakan pengundi luar. Kita sudah pun menghubungi mereka dan akan membawa sendiri mereka pulang mengundi pada 6 Mac ini.

“Inilah kelebihan yang ada pada BN yang tidak pernah mengenepikan kepentingan semua kaum apatah lagi di bawah Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Walaupun mereka pengundi minority namun nilai dan kepentingan undi mereka tetap sama dengan yang lain”, katanya di sini.

Beliau turut memberitahu selain memastikan kemenangan BN di DUN Merlimau, KIMMA juga ketika ini sedang giat untuk menambahkan ahlinya yang kini berjumlah 162,000 orang.

“Di negara ini ada lebih kurang 600,000 lebih kaum India Muslim dan lebih kurang 400,000 daripadanya merupakan mereka yang layak mengundi.  Inilah sasaran kita untuk bersama kita dan pastikan sokongan kepada BN bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

“Walaupun pada pilihanraya umum lalu ada di antara mereka yang terpedaya dengan pembangkang tapi kita yakin suasana sekarang sudah berubah.  Lihat saja berapa ramai daripada mereka telah pun bertindak keluar dari parti pembangkang”, ujarnya.

Justeru beliau yakin pengundi di kalangan India Muslim ini bukan saja akan memberi sokongan padu kepada BN di Merlimau ini tetapi turut akan bersama BN pada pilihanraya umum akan datang.

“Mereka sudah lihat dan nilai hanya BN yang mampu membela nasib mereka apatah lagi di Melaka ini di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam yang sentiasa prihatin dengan rakyat.

“Di Merlimau ini mereka tiada pilihan selain menyokong calon BN yang dilihat mampu meneruskan apa yang sedang dirancangkan BN di negeri ini”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s