Prestasi VS Persepsi…. Rakyat Takkan Tertipu Lagi!!

JASIN, 3 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah bersandarkan kepada prestasi berbanding parti pembangkang yang masih bersandar kepada persepsi.

“Rakyat semua tahu bahawa hanya dengan prestasi yang baik maka masa depan negara kita akan menjadi dengan baik… kalau kita hanya bersandarkan kepada persepsi, andai-andaian maka tidak ada perkara yang boleh mejamin masa depan kita untuk terus lebih cemerlang”, katanya.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan masyarakat pengundi India di Rumah Awam Merlimau  bersama calon BN, Roslan Ahmad di sini hari ini turut percaya rakyat tidak lagi meletakkan undi atas mainan persepi pembangkang seperti mana pada pilihanraya umum lalu.

Mengenai sokongan masyarakat India pula beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya berkata  pengundi kaum India yang ditemui menunjukkan sokongan yang cukup memberangsangkan.

“Pengundi India berikrar akan memberi  sokongan dan akan pastikan kemenangan calon BN…ini satu perkembangan yang cukup baik untuk BN”, katanya.

Sebelum itu ketika mengadakan pertemuan dan majlis ramah mesra dengan belia kaum Cina di Taman Muhibbah di sini pula beliau mengingatkan pengundi kaum terbabit agar jangan tertipu dengan pujuk rayu Pas yang mahukan pengundi memberi mereka satu kerusi di negeri ini.

“Mereka bukan sudah dapat satu kerusi malah satu negeri pun tapi tak mampu bantu rakyat.  Banyak janji mereka tidak ditunaikan yang akhirnya rakyat di negeri terbabit meminta bantuan daripada BN.

“Lihat cara mereka (pembangkang) berkempen dengan cara yang marah-marah, kalau pengundi terpedaya dan membuang undi dalam keadaan marah maka mereka akan dapat kerajaan yang marah.  Ini merugikan pengundi dan rakyat jadi mangsa”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s