Pembangkang Sibuk Lempar Fitnah, Calon BN Giat Jumpa Pengundi “Final Touch”

JASIN, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad tidak mahu ambil kisah apa jua serangan dan fitnah pembangkang menjelang dua hari sebelum hari pengundian sebaliknya terus memberi tumpuan untuk mendekati pengundi.

“Fitnah pembangkang ini tak pernah habis.  Tak perlu kita buang masa melayan mereka lebih-lebih lagi mereka cukup terdesak untuk mencari isu bagi menyerang BN.  Biarkan mereka kerana lebih penting bagi saya untuk terus dekati pengundi”, katanya di sini.

Bagi Roslan yang paling penting ketika ini adalah sentuhan terakhir pengundi.

“Setakat ini sokongan terus meningkat hari ke hari.  Saya juga bangga dan berterima kasih kepada jentera yang terus mengekalkan momentum berkempen.

“Kita akan pergi ke semua peti-peti undi di semua peringkat komponen, untuk pusingan akhir ini”, ujarnya.

Jelas beliau lagi masyarakat terutama pengundi Merlimau sudah faham dan cukup masak dengan tindak tanduk pembangkang ini.

“Mereka akan datang beramai-ramai berjanji macam-macam dan hilang selepas pilihanraya. Itu saja”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s