Jangan Tuduh Membabi Buta…Kalau Dah Terdesak Kereta Sendiri Pun Dia Pecah

JASIN, 2 Mac – “Benda-benda macam ni kalau tak ada bukti jangan cakap… kadang-kadang bila terdesak ada pihak tu dia koyak poster dia sendiri….kita boleh tuduh dia begitu… kadang-kadang terdesak cermin kereta sendiri dia pecah…jadi jangan tuduh sembarangan”, demikian peringatan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ingatan tersebut merujuk dakawaan pembangkang kononnya UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) di Merlimau mengamalkan politik samseng dan perbuatan khianat.

Justeru tegasnya jangan membuat tuduhan membabi buta kerana dakwaan yang sama boleh dilakukan BN kepada pembangkang.

“Jangan begitu, jangan tuduh samseng… kita tak mengajar budaya samseng dalam UMNO…. yang kaki ceramah celupar itu bukan kami, yang buat ganas ketika penamaan calon di mana-mana sebelum ini bukan kami…ini adalah bukti-bukti nyata yang telah termaktub dan telah terbukti….

“Yang ini (perbuatan khianat) manalah kita nampak siapa yang buat…jangan tuduh, saya tak nak tuduh mereka dan mereka jangan pula tuduh kita…silap-silap entah orang ketiga mana pulak yang ambil kesempatan  jadi jangan tuduh menuduh ketika cuaca panas seperti ini”, katanya kepada UMNO-Online semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ayer Merbau di sini.

Mengenai serangan dan fitnah pembangkang yang mungkin berlaku pada hari-hari terakhir sebelum proses pengundian seperti mana yang sering berlaku pada beberap pilihanraya kecil lalu pula, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jentera BN kena tingkatkan langkah waspada dan berkawal di tempat masing-masing.

“Pertama jentera kena hati-hati dan berkawal…. pantau edaran risalah-risalah.  Kalau ada kain-kain rentang yang digantung yang tiada lambang mana-mana parti turunkan… turunkan saja tiada siapa yang marah… kalau kita kurang yakin ada ramai pemantau dari SPR…rujuk mereka.

“Biasanya ikut pengalaman kita di berbelas-belas pilihanraya kecil… di hujung-hujung ini entah apa risalah, gambar lagi yang fitnah akan dikeluarkan… itu jentera kena terus kerja dan memantau… kepada para pengunid jika nampak benda-benda fitnah macam ni ambil dan buang dalam tong sampah”, ujarna.

Menyentuh soal kempen BN di Merlimau beliau berkata calon yang ditampilkan BN bukan sahaja terbaik yang mesra rakyat dan dikenali pengundi malah mempunyai latar belakang yang mampu memikat pengundi.

Malah menerusi gerakan yang dilakukan beliau melihat tidak ada isu besar yang boleh dimanipulasi pembangkang.

“Isu nasional yang dimainkan pembangkang tidak berpijak di bumi yang nyata dan banyak perkara yang ditimbulkan itu perkara lama yang dah basi yang orang pun dah tahu jawapan-jawpannya

“Di Merlimau mereka kata Melaka maju tetapi Merlimau tak maju…jika tahap kemajuan itu boleh diperbaiki apa yang Pas boleh buat…. yang boleh buat ialah calon BN… ini yang perlu diingat oleh pengundi bahawa calon pembangkang tidak ada siapa di belakang mereka”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s