Ayuh!! Pengundi Merlimau Pastikan BN Menang Buat Kali Ketujuh Berturut-turut

JASIN, 3 Mac – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata sokongan generasi muda kepada BN pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berada di tahap yang tinggi dan menggalakkan.

Justeru katanya jentera Pemuda akan terus melakukan gerak gempur bagi mendekati pengundi muda tanpa mengira kaum termasuk melalui aktiviti sukan dan ceramah.

“Bacaan kita memperlihatkan sokongan pengundi muda cukup memberangsangkan. Jika dapat kekalkan momentum kita harap dapat tawan atau kekalkan prestasi baik BN di kalangan anak muda Merlimau.

“Tapi saya harap kita tak leka dan terus mendekati setiap pengundi muda di sini termasuk menghubungi rakan-rakan mereka yang berada di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kempen bertemu pengundi di sekitar Pekan Merlimau di sini.

Sebelum itu pada program ceramah Pentas Pemuda BN di Merlimau Pasir, beliau mengajak pengundi untuk memastikan kemenangan tujuh kali berturut-turut buat BN terhadap pembangkang.

Jelasnya kepercayaan dan sokongan golongan muda terhadap BN terus meningkat  sejak pilihanraya kecil DUN Manik Urai.

“…sejak pilihanraya Manik Urai saluran 3, 4 terus memihak kepada kita.  Rakyat juga dah tahu mereka sudah tertipu dengan janji-janji manis pembangkang.

“Malah rakyat juga sudah tahu betapa parti pembangkang ketika ini berdepan dengan pelbagai kemelut”, ujarnya.

Sambil memberi contoh Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata parti itu sekarang sedang dilanda krisis yang cukup besar.

“Ramai pemimpin-pemimpin utama mereka sudah keluar parti… ini menunjukkan PKR memang parti bermasalah.

“Dap pula bukan parti berbilang kaum tapi parti keluarga…. saya pernah tanya di parlimen berapa ramai ahli mereka adalah di kalangan orang Melayu… saya percaya tak sampai pun satu peratus.

“Pas pula parti yang sudah berubah perjuangannya…dulu berjuang untuk Negara Islam tapi sekarang Pas untuk semua.  Pas kluk klek… bila takut sokongan orang Melayu makin merosot dia kata Pas kini utamakan orang Melayu pula”, katanya.

Justeru beliau mengajak pengundi menolak calon pembangkang di Merlimau.

“Jangan percaya janji 100 hari mereka… semua itu hanya janji-janji kosong”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s