Amaran Kepada Pembangkang…. Jangan Buang Masa Lempar Fitnah Untuk Gugat Wanita

JASIN, 2 Mac – Pembangkang disaran agar tidak membuang masa untuk cuba mengadu domba Wanita UMNO kerana persahabatan dan perpaduan di kalangan wanita khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ini sukar untuk diganggu gugat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jallil berkata sememangnya pembangkang akan sentiasa cuba menimbulkan kekeliruan dan menabur fitnah kerana mereka tahu kekuatan wanita di dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya.

“Kita tahu dan faham benar dengan cara pembangkang ini, bila ada pilihanraya wanita khususnya jentera Wanita BN adalah antara sasaran utama mereka.  Usah buang masa kekuatan kita sedikit pun tidak akan terjejas” katanya ketika mengadakan kempen ramah mesra bertemu pengundi di Kampung Ayer Merbau di sini.

Beliau juga melahirkan rasa puas ahti dengan usaha Wanita mendapatkan sokongan pengundi daripada semua bangsa di kawasan pilihan raya DUN Merlimau.

“Persahabatan dan perpaduan di kalangan wanita jelas ditunjukkan menerusi kerja-kerja tradisional dengan membuat kunjungan dari rumah ke rumah.

“Saya dapat maklum balas pendekatan mereka amat disenangi pengundi yang ada dan saya rasa gembira dengan perkara ini.  Ternyata jentera Wanita terus menjadi antara nadi utama BN bagi mendapatkan sokongan terutama di kalangan suri rumah,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seterusnya berkata pihaknya yakin pengundi wanita di Merlimau ini akan memberi sokongan yang padu kepada calon BN, Roslan Ahmad.

“Pengundi wanita akan mengundi sebagai ibu dan isteri yang hanya mahukan yang terbaik bagi keluarga mereka.

“Jadi apa yang paling baik anda boleh berikan kepada keluarga adalah kestabilan negara dan hanya BN yang boleh memastikannya”, ujar beliau.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s