Ajar Pembangkang Usah Main Politik Pecah Belah, Fitnah & Adu Domba

JASIN, 3 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata rakyat di negara ini mesti menolak  cara politik pecah belah, fitnah dan adu domba dari disemai di kalangan generasi muda.

Tegasnya jika ini dibenarkan berlaku maka masa depan negara akan menjadi tidak menentu kerana diburukkan dengan suasana rakyat yang tidak bersatu.

“Hentikan dan jangan biarkan politik sempit ini terus berlaku…negara tidak boleh maju, aman dan makmur jika rakyat tidak bersatu”,  katanya pada Majlis Ramah Mesra Rela dan Hari Bertemu Pelanggan 1KDN di sini, hari ini

Justeru beliau yang juga Menteri Dalam Negeri percaya rakyat kini semakin matang untuk menilai dan menolak usaha pembangkang menyuntik perkara negatif yang disebarkan melalui kempen serta ceramah.

Malah tegas beliau lagi usaha pembangkang menggunakan platform pilihan raya untuk menyebarkan tohmahan dan fitnah termasuk menggunakan kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah untuk meraih sokongan mengundi, tidak akan berjaya.

“Taktik sedemikian pernah dilakukan pada pilihan raya kecil di Tenang, Johor bulan lepas tetapi tidak berjaya kerana rakyat lebih bijak menilai perkara yang sebenarnya”, ujar beliau.

Beliau juga turut menganggap perjalanan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau setakat ini adalah yang terbaik berbanding beberapa pilihanraya kecil lalu.

“Di sini cukup berbeza dan saya mendapat laporan setelah melalui beberapa pilihanraya kecil lalu ini adalah pilihanraya yang terbaik apatah lagi di bawah pengarah jenteranya, Datuk Seri Ali Rustam.

“Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan diteruskan”, katanya.

Pada masa yang sama beliau juga mengajak rakyat sekali lagi menolak pembangkang yang ternyata tidak mempunyai perjuangan yang konsisten.

Rakyat khususnya pengundi di Merlimau kata beliau lagi tidak sepatutnya mempercayai apa jua janji pembangkang kerana ia tidak lebih sekadar satu penipuan seperti mana misi 16 September dan janji-janji pilihanraya umum lalu.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s