Ini Bukan Pakatan Pembangkang Tapi Pakatan Pembohong – Isa

JASIN, 2 Mac –  Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad mengingatkan rakyat khususnya pengundi di Merlimau bahawa mereka ketika ini bukan berdepan dengan pakatan pembangkang tetapi gerombolan pakatan pembohong.

Justeru katanya jika rakyat tidak bijak maka mereka akan mudah terpengaruh dan ditipu.

“Mungkin Tuhan dah takdirkan ketiga-tiga parti pembangkang ini dikumpulkan untuk rakyat menilai mereka….yang dulu haram sekarang dah jadi halal… ini bukan pakatan pembangkang tetapi pakatan pembohong.

“Kalau dengar cerita Pas, Dap dan PKR Malaysia ni memang dah tak selamat… takut kita dengar. Kalau kita percaya macam kita nak lari dari negara ini…macam-macam mereka cakap tapi sampai sekarang ok je…. rakyat boleh hidup aman makmur”, katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Peti Undi Permatang Serai di sini.

Sebenarnya tegas beliau lagi berbohong sudah menjadi amalan parti pembangkang, fitnah sudah jadi budaya dan amalan hidup mereka.

Malah beliau turut menyelar tindak tanduk Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup pandai putar belit mengelirukan rakyat di negara ini.

“Dalam kes liwat Saiful sampai sekarang dia tak berani bersumpah sebaliknya dia jadi sesumpah…. bertukar warna ikut keadaan…cakap dengan orang Melayu lain… bila berdepan dengan kaum Cina lain dan bila dengan orang India nadanya berubah”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s