Wanita Bagi Amaran Jangan Cuba Menyamar, Edar Fitnah Di Merlimau

JASIN, 1 Mac –  Jentera Wanita UMNO yakin mampu menutup ruang terhadap apa jua serangan fitnah termasuk penyamaran yang selama ini digunakan pembangkang untuk mengelirukan pengundi wanita terutama golongan suri rumah pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata jentera Wanita menerusi skuad Jalinan Rakyat (JR) sebenarnya sudah pun membuat persiapan rapi berdasarkan pengalaman pada beberapa pilihanraya kecil lalu.

Selain beberapa sesi taklimat dan penerangan katanya yang dilakukan sebelum ini JR juga telah dibekalkan dengan pelbagai maklumat dan prosedur tertentu untuk menangani taktik pembangkang tersebut.

“Kita sudah buat persiapan rapi dan sudah arif dengan taktik pembangkang ini.  Jentera kita telah melakukan beberapa pendekatan untuk menangani situasai seumpama ini.

“Mereka boleh edar risalah palsu, fitnah, mereka boleh menyamar seperti petugas Wanita UMNO dengan memakai baju atau tudung warna merah tapi kita sudah ada cara untuk berdepan dengan mereka ini.  Malah semangat wanita dan suri rumah di sini cukup berbeza, mereka bukan golongan yang mudah untuk diperdayakan”, katanya di sini.

Justeru beliau yakin pembangkang tidak akan mendapat ruang yang mudah untuk mengulangi apa yang mereka lakukan pada pilihanraya kecil lalu.

Pada masa yang sama, beliau juga yakin pembangkang akan sekali lagi cuba melaga-lagakan jentera Wanita kononnya tidak menyokong calon yang ditampilkan Barisan Nasional (BN).

“Ini taktik lapuk…. kalau mereka buat mereka takkan berjaya malah boleh memakan diri mereka sendiri”, ujarnya.

Beliau seterusnya berkata menerusi pelbagai program yang telah dijalankan boleh dikatakan hampir sebahagian besar wanita terutama golongan suri rumah tidak mengenali siapa calon Pas ini walaupun dikatakan anak tempatan.

“Tapi ramai daripada mereka cukup mengenali calon BN yang sememangnya sejak dari dulu aktif bukan saja dalam politik malah kerja-kerja kemasyarakatan selain mempunyai penampilan peribadi yang baik”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s