Cuma Tinggal 20 Peratus…. Jentera BN Sudah Jumpa Semua Pengundi Merlimau

JASIN, 1 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberitahu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah menemui lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi berdaftar di DUN itu sehingga hari ini.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu, berkata pertemuan tersebut bagi mengetahui isu-isu berkaitan pengundi berkenaan dan menerangkan mengenai perjuangan parti dalam membela nasib masyarakat di kawasan itu.

“Kita bukan setakat jumpa, kita bawa sekali mereka pergi mengundi Ahad ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama jentera Pemuda dan Puteri UMNO di Merlimau di sini, hari ini.

Mengenai baki kurang 20 peratus pengundi masih belum ditemui jentera BN beliau berkata ini kerana kebanyakan pengundi itu tidak tinggal di alamat daftar undi mereka.

Bagaimanapun beliau telah mengarahkan jentera BN untuk mengesan mereka ini dan yakin jentera BN dapat berjumpa dengan semua pengundi di DUN itu, sebelum hari mengundi Ahad ini.

Katanya hasil daripada pertemuan jentera BN dengan pengundi itu kira-kira 20 peratus daripada mereka merupakan “pengundi atas pagar” dan pengundi ini ingin melihat isu serta usaha yang dilakukan oleh BN serta pembangkang sebelum membuat keputusan mereka pada hari pengundian Ahad ini.

“Apapun saya yakin bilangan mereka yang keluar mengundi lebih 80 peratus Ahad ini kerana semua yang kita jumpa setakat ini akan keluar mengundi malah kita akan bantu bawa mereka yang tidak mampu ke pusat mengundi,” kata beliau.

Mengenai hasil mesyuarat berkenaan, menurutnya seramai 1,142 anggota Pemuda UMNO dan 1,110 anggota Puteri UMNO terlibat pada pilihan raya kecil berkenaan.

“Puteri UMNO akan fokus kepada pengundi wanita bawah 35 tahun dan Pemuda UMNO akan tumpu pemuda bawah umur 40 tahun. Saya juga harap Pemuda dan Puteri UMNO ini dapat menarik minat pengundi muda daripada semua kaum”, katanya.

Beliau berkata mesyuarat itu juga memberikan peluang kepada jentera BN mengemaskini dan memantapkan jentera serta mengetahui laporan terkini mengenai kerja kempen BN.

Pada masa yang sama beliau turut menyelar dakwaan pembangkang yang menuduh BN mengamalkan politik samseng dan beliau menegaskan BN tidak terlibat langsung dengan sebarang perbuatan tersebut.

“Ini taktik lapuk….mereka (pembangkang) ini hari-hari lempar batu sembunyi tangan… inilah cara mereka”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s