Pas Serang PKR, Dap Di Merlimau Guna Isu Politik Dinasti

 

JASIN, 28 Feb – Pas nampaknya semakin hilang arah dalam kempen mereka pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila terus mencanang serangan politik dinasti kepada calon Barisan Nasional (BN) walaupun serangan itu umpama “meludah ke muka sendiri”.

“Mereka (Pas) terus buat dakwaan BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak.  Kita tak pasti sama ada mereka mahu membuat jenaka atau mereka sengaja nak malukan rakan pakatan mereka sendiri.

“Tapi yang pasti serangan Pas ini mungkin sebenarnya dihalakan kepada rakan pakatan mereka iaitu PKR dan Dap… umpama “pukul anak sindir menantu”, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang.

Jelas beliau serangan politik dinasti ini mungkin sengaja dilakukan kerana kecewa dengan sikap rakan pakatan mereka PKR dan Dap yang dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh membantu mereka pada pilihanraya kecil di DUN Merlimau ini.

“Siapa amalkan politik dinasti ini….?  Siapa Anwar Ibrahim, siapa Wan Azizah, siapa Nurul Izzah, siapa Lim Kit Siang, siapa Lim Guan Eng, siapa Betty Chew, siapa Karpal Singh, siapa Gobind Singh, siapa Nga Kor Ming, siapa Ngeh….?  Bukankah ini politik dinasti?

“Kita sebenarnya cukup kesian melihat Pas yang terus terkapai-kapai berkempen di sini… mereka tak ada isu… main pukul borong tapi kena batang hidung sendiri”, ujarnya.

Justeru beliau berharap agar Pas lebih bertenang dan tidak membuat serangan seumpama itu yang hanya melihatkan betapa tidak cerdiknya mereka.

“Kalau nak marahkan PKR dan Dap pun buat cara bijak bukan cara seperti ini yang hanya akan memalukan Pas sendiri”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Eksklusif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s