Kalau Pas Tak Takut Kit Siang, Karpal… Isytihar Pas Ketua Pakatan Pembangkang

JASIN, 28 Feb –  Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Noor mencabar Pas untuk tampil membuat perisytiharan di Melaka bahawa mereka adalah pemimpin dan ketua kepada pakatan pembangkang atas prinsip parti yang memperjuangkan Islam.

Tegas beliau Pas harus menyahut cabaran ini dengan berani mengangkat pemimpin mereka Datuk Seri Hadi Awang sebagai ketua dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai timbalannya.

“Kita bagi tempoh hingga 6 Mac ini….kalau mereka isytihar kita boleh sokong mereka.   Tapi saya yakin Pas takkan berani buat, Pas takkan berani kerana mereka cukup takut dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh”, katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Merlimau Timur di sini.

Beliau berkata Pas tidak mampu menegakkan syiar Islam kerana mereka kini hanya menjadi kuda tunggangan PKR dan Dap seperti mana yang berlaku di beberapa negeri  di bawah pakatan pembangkang.

“Usah bercakap soal nak tegakkan ekonomi orang Islam, untuk membangunkan umat Islam ke persada antrabangsa… tak payah cakap perkara besar seumpama itu cukup dengan satu tin arak pun Pas tak mampu seperti yang berlaku di Shah Alam.

“Bila pihak berkuasa tempatan rampas arak dari sebuah kedai serbanika maka pemimpin Dap atas kuasa yang ada padanya memerintahkan arak itu dipulangkan semula… apa yang Pas buat”, katanya.

Beliau juga membidas tindakan pembangkang yang mengajak orang muda bangkit seperti mana yang berlaku di Mesir.

“Malaysia dan Mesir tak sama…kalau sama pun satu saja pemimpin Mesir, Hosni Mubarak diktator sama dengan pemimpin di sini diktator tapi bukan pemimpin kitalah…pemimpin yang di sebelah sana baik Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim .

“Macam mana Anwar buat PKR macam harta mak bapak dia…. Mubarak buat macam tulah…siapa lawan tendang keluar, siapa sokong bagi jawatan”, ujarnya.

Malah jelas beliau lagi ketika berada di Mesir baru-baru ini rakyat negara itu yang bangkit menentang Hosni Mubarak merujuk kepada Malaysia.

“Mereka bukan rujuk orang yang buat demonstrasi di negara ini tapi merujuk kepada Tun Dr Mahathir kerana Hosni Mubarak naik hampir  sama dengan Tun Dr Mahathir tapi kejayaan pembangunan Malaysia jauh lebih baik dari di Mesir.

“Di Bandar Cairo kita boleh lagi lihat keldai berjalan di tengah kota”, katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Eksklusif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s