Calon Pas Patut Malu… Duduk Kuarters Guru, Makcik Penerima PPRT Tapi Kutuk Kerajaan

JASIN. 28 Feb –  Amat mengejutkan!!!..walaupun siang malam, pagi petang  calon Pas, Yuhaizad Abdullah menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN), memutarbelit apa jua kebajikan dan pembelaan yang dilakukan kepada rakyat namun calon Pas itu tidak pula menolak nikmat yang diperolehi dari kebaikan kerajaan BN, jauh pula dari bersyukur dan berterima kasih.

Selain tinggal di kuaters guru di Jasin di mana isterinya seorang guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran, ibu saudaranya, Meriani Hassan juga adalah penerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Lebih mengharukan hari ini bertempat di  Batu 231/2 Jalan Loji Air  Chinchin, Jasin di sini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan replika kunci rumah PPRT kepada Meriani Hassan.

Meriani Hassan adalah antara 20 penerima rumah PPRT di situ.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Harun menyifatkan golongan seperti calon Pas ini sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur di atas nikmat dan rahmat Allah swt.

“Mereka baca ayat ini tetapi mereka tak pernah memahaminya….barang siapa yang bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah pasti Allah akan menambah rahmat dan nikmat yang dikurniakan kepada mereka”, katanya di sini, hari ini.

Justeru tegas beliau golongan manusia seperti  ini tidak mempunyai asas dalam tindakan dan pemikirannya dan tidak layak untuk menjadi wakli rakyat kepada masyarakat di Merlimau.

“Orang seperti ini adalah orang yang hanya nampak jalan mati…”, ujarnya.

Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) seterusnya berkata golongan sedemikian tidak sepatutnya bersikap seperti mana kata bidalan “umpama melepaskan anjing tersepit”.

“Sepatutnya kalau duduk di kuarters kerajaan, saudara maranya dibantu kerajaan,  calon Pas ini menadah tangan berterima kasih sesama manusia, bersyukur kepada tuhan…ini tidak bukan berterima kasih malah dihina, dikiutuk lagi kerajaan…apa jenis calon wakil rakyat seperti ini”, ujarnya.

Mengenai sindrom kemurungan yang mungkin berlaku terhadap isteri calon Pas di sini seperti mana yang berlaku pada pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau secara sinis berkata “perkara itu tidak mustahil berlaku.  Dalam Pas banyak perkara pelik boleh berlaku.

“Selalunya apa yang Pas kata buruk kepada orang lain kena balik ke muka mereka sendiri”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s