Usah Satu Kerusi, Satu Negeri Pun Pembangkang Huru Hara

JASIN, 26 Feb – Pengundi di Merlimau diminta tidak tertipu dan terpedaya dengan rayuan simpati Pas untuk memberikan mereka satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) agar mereka boleh bersuara bagi membela nasib rakyat di kawasan itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata rayuan Pas ini sesuatu yang karut kerana mereka bukan sahaja sudah diberi satu kerusi malah sudah diberi peluang untuk mentadbir beberapa negeri.

“Ini cerita lama…apalah sangat satu kerusi berbanding beberapa negeri yang mereka tadbir kerana negeri yang mereka tadbir pun tak ke mana…tak dapat jaga kebajikan rakyat apalagi jika menjadi wakil di negeri di bawah kerajaan BN”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tegasnya lagi beliau tidak nampak bagaimana dengan memenangi satu kawasan DUN pembangkang boleh membantu dan membela rakyat melainkan hanya untuk dijadikan modal politik mereka.

“Saya tak nampak dalam senario hari ini wakil satu kerusi itu boleh membantu rakyat..sebab itu saya rasa mereka hanya mahu mengaburi dan menipu rakyat dengan taktik pendekatan lapuk.

“Mereka (pembangkang) rayu berilah satu kerusi untuk simpati lepas itu bila menang dia akan cerita seluruh dunia bahawa rakyat sudah yakin kepada mereka walaupun dia janji nak satu kerusi tapi dengan satu kerusi itulah dia akan gembar gemburkan rakyat satu negara tolak BN”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau juga menolak dakwaan kononnya calon yang Pas tampilkan di Merlimau mewakili aspirasi orang muda dan mampu menarik sokongan pengundi.

“Mereka boleh mencuba, sebelum ini mereka letak calon wanita untuk menentang calon muda kita pada pilihanraya kecil DUN Tenang dengan pelbagai cubaan dengan mengatakan merekalah yang terbaik tetapi akhirnya rakyat yang akan menentukan.

“Kali ini di Merlimau mereka dakwa pula calon mereka muda dan menjadi faktor menarik sokongan orang muda…walhal calon BN juga orang muda malah mempunyai latar belakang, pengalaman yang lebih baik dari mereka”, ujarnya.

Justeru beliau percaya dengan berbekalkan fakor muda semata-mata bukanlah jaminan seseorang itu boleh memberi khidmat yang baik kepada rakyat.

“…tapi saya jamin calon muda kita terbaik kerana dia mewakili parti yang sudah terbukti kewibawaannnya”, ujar beliau.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s