Pengundi Cina & India, Tak Mahu Ulangi Kesilapan 2008

JASIN, 27 Feb – Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) hari ini yakin trend peningkatan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN seperti yang ditunjukkan pada beberapa pilihanraya kecil lalu akan berterusan khususnya di Merlimau.

Mereka berpendapat suasana politik hari ini sudah berubah berbeza dengan pilihanraya umum lalu berikutan beberapa pendekatan yang diambil kerajaan terutama Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha beberapa tindakan parti pembangkang selepas pilihanraya umum lalu juga menyumbang kepada peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu terutama di kalangan masyarakat Cina.

Jelasnya pengundi Cina sebenarnya mahukan suasana politik yang lebih stabil di samping keupayaan kerajaan BN ketika ini menyelesaikan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi senjata pembangkang untuk menyerang BN.

“Kita yakin trend sokongan ini akan berterusan di Merlimau.  Masyarakat Cina mahu politik yang stabil serta parti yang konsisten.  Mereka sudah mampu menilai”, katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Mengenai pendekatan yang digunakan MCA di Merlimau pula beliau berkata MCA akan mengadakan program dan aktiviti masyarakat seperti lazimnya dilakukan pada setiap pilihanraya kecil di samping mengadakan pertemuan dengan kelompok kecil menerusi pelbagai persatuan masyarakat terbabit

Beliau juga yakin kekuatan jentera BN dapat memastikan kemenangan besar untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau selain menangkis setiap taktik kotor pembangkang.

Sementara itu Presiden MIC, Datuk G. Palanivel pula berkata parti itu menyasarkan sokongan masyarakat India kepada BN pada pilihan raya kecil ini sekurang-kurangnya setanding dengan sokongan pada pilihan raya kecil di DUN Tenang, Johor.

“Saya difahamkan bahawa kira-kira 75 peratus pengundi India berpihak kepada BN di Tenang dan peratusan undi ini akan cuba dikekalkan di Merlimau,” katanya.

Beliau berkata jentera parti MIC peringkat pusat termasuk sayap Wanita dan Pemuda telah mengenal pasti lebih 1,200 pengundi India di Merlimau daripada keseluruhan 1,567 pengundi dan tempoh kempen akan digunakan untuk melipatgandakan usaha meraih undi bagi BN.

Jelas beliau dua tumpuan utama MIC ialah di Merlimau Pasir dan Jasin Lalang yang masing-masing mempunyai 468 dan 365 pengundi kaum India.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata parti itu telah menggerakkan jenteranya dari awal untuk memastikan kemenangan menjadi milik BN pada pilihan raya kecil itu.

“Kita telah kenal pasti pengundi di sini di kalangan ahli kita kira-kira 200 orang, kita juga adakan aktiviti datang rumah ke rumah untuk meninjau masalah rakyat dan meraih sokongan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai calon BN, beliau berkata daripada pemerhatian beliau, calon muda BN itu amat mesra dan tidak sombong dengan penduduk di kawasan Merlimau.

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M Kayveas berkata pada pilihan raya kecil ini sokongan kepada BN nampak begitu padu dan kerjasama antara anggota komponen BN begitu baik sekali.

“Di sini kita ada 252 pengundi di kalangan PPP dan kita telah pun menemui mereka dan semuanya akan mengundi BN.

“Kita juga yakin pengundi di kalangan kaum India juga akan berpihak kepada kita setelah mereka melihat keadaan huru hara di kalangan parti pembangkang”, katanya

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s