Pengundi Merlimau Tak Mahu Calon “Main-main”

JASIN, 26 Feb – “Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat… biarkah pengundi buat penilaian”.

Demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Kata beliau lagi calon Pas itu juga bukan saja tidak dikenali masyarakat di Merlimau malah di  kalangan ahli Pas juga ramai yang tidak mengenali siapa Yuhaizad ini.

“Ini calon yang dipergunakan Pas untuk mereka buat latihan di sini. Pas kata mereka nak kurang majority saja.  Itu dia kata tapi kita tak akan bersikap sombong dan takbur sebaliknya kita akan pastikan calon kita mendekati pengundi seramai mungkin.

“Calon kita ada pengalaman dan latar belakang yang cukup baik yang boleh membawa kawasan Merlimau ini lebih maju lagi.  Kita dah ingatkan jentera kita untuk terus kerja kuat hingga hari pengundian”, katanya selepas mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Mengenai latar belakang calon Pas yang banyak diperkatakan di internet, beliau berkata itu masalah Pas dan BN tidak berminat untuk masuk campur.

“Serangan peribadi kerja pembangkang.  Kita tahu apa pun benda buruk lama kelamaan orang akan tahu”, katanya.

Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad, 44, yakin dapat menjadi wakil rakyat yang baik dengan keupayaan dan kebolehan peribadinya sendiri.

Beliau menegaskan, pemilihannya bukan bersandarkan kekuatan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithnin dan bapa saudaranya yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

“Saya mempunyai kekuatan sendiri untuk menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa beliau kini siap sedia berdepan dengan serangan peribadi parti pembangkang dan tidak akan mudah melatah dengan permainan taktik kotor pembangkang.

Malah beliau turut bersedia untuk menangkis apa juga serangan daripada pembangkang dalam usaha mereka untuk meraih simpati pengundi di Merlimau.

”Mulai hari ini saya akan mula berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau tanpa mengira bangsa, kaum atau agama.

”Bagi saya itu amat penting untuk menyakinkan rakyat di Merlimau pentingnya mereka memilih BN”, ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s