Jangan Buat Malu Diri Sendiri, Politik Dinasti Ada Dalam Dap, PKR & Pas

JASIN, 26 Feb – Parti pembangkang dinasihat agar tidak memalukan diri sendiri dengan membangkit tuduhan kononnya Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mengamalkan politik dinasti dalam kempen pilihanraya mereka di Merlimau.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata calon BN di sini sememangnya anak seorang bekas wakil rakyat dan bapa saudaranya juga pernah menjadi wakil rakyat serta Ketua Menteri.

“Di dalam Dap ada dinasti Lim Kit Siang, dinasti Karpal Singh, dalam PKR ada dinasti Anwar Ibrahim… dinasti itu sebelum pemimpin meninggal dunia… di sini bapa calon dah meninggal dunia 32 tahun lalu dan tak pegang jawatan lagi.

“…saya tak fikir ia membina dinasti…membina dinasti ialah apabila bapanya, ibunya, anaknya…apabila bapanya jadi Ketua Umum, ibunya jadi presiden, anak jadi naib presiden…itu bukan dinasti”, katanya di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di sini, hari ini

Jelas beliau lagi membina dinasti lebih tepat lagi apabila bapanya jadi penasihat parti, anaknya jadi setiausaha agung, apabila bapanya jadi ahli parlimen, anaknya jadi ahli parlimen juga.

“Satu keluarga pegang jawatan dalam parti….itu bukan dinasti?…yang kita dianggap dinasti…. Sebenarnya Tuhan mengajar apa yang mereka kata kena balik ke muka mereka sendiri”, katanya.

Justeru beliau percaya pembangkang sebenarnya terdesak kerana itu mereka mencari dan mencipta isu yang akhirnya memakan diri sendiri.

“Mereka tiada peluang di Merlimau sebab itu pemimpin mereka sendiri anggap pilihanraya ini sebagai padang latihan sahaja.

“Tujuan mereka hanya nak kurang majoriti BN saja sebab itu mereka serang membuta tuli dengan harapan pengundi akan terpengaruh”, ujarnya.

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Pas.

BN diwakili Anggota Jawatankuasa UMNO bahagian Jasin Roslan Ahmad, 44, manakala calon Pas, Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan jam 11 pagi, di akhir proses penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di Merlimau di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada pukul 11.28 pagi.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi (36 pengundi pos) dengan majority pengundi ialah Melayu  sebanyak 6,850 orang diikuti kaum Cina 2,225 orang, India 1,569 orang dan lain-lain 37 orang.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s