Golongan Muda Merlimau Beri Mesej, Tubuh Cawangan Baru Di Kampung Chinchin

JASIN 25 Feb – Selain menampilkan calon orang muda bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, jentera Pemuda UMNO turut mendapat semangat baru apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

“Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

“Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini,” ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s