Awal-awal Lagi Pas Hina Dap…. Inilah Yang Dikatakan Pakatan Caca Merba

TEMERLOH 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau agar tidak terpengaruh dengan kempen simpati Pas yang meminta para pengundi di DUN terbabit untuk memberi peluang kepada Pas sebagai  wakil pembangkang di dalam DUN Melaka.

Menurut beliau permintaan tersebut adalah sesuatu yang cukup melucukan kerana bukankah DAP yang merupakan sekutu rapat Pas sudah pun berada di dalam DUN Melaka hari ini dan mereka boleh “menggunapakai” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP untuk menyalurkan segala-galanya.

“Saya difahamkan permintaan ini datangnya daripada salah seorang pemimpin Pas yang meminta peluang pada kali ini diberikan kepada mereka kerana Pas tidak ada satu kerusi pun di negeri berkenaan.  Jadi dia kata suara Pas di Melaka itu tidak dapat disampaikan.

“Jadi saya nak bertahu bukankah Pas bersahabat baik dengan DAP dan bukankah DAP dah ada di dalam DUN Melaka hari ini. Justeru Pas tidak perlu wakil di Melaka sebab  DAP dah ada dan menjadi wakil kepada pembangkang di sana.

“Pas boleh mewakilkan DAP sebagai wakil mereka di Melaka. Ini adalah realiti. Sehubungan itu saya syorkan tidak perlu undi Pas di Merlimau sebab sahabat karib Pas dah ada di Melaka,” katanya kepada UMNO-Online ketika kunjungannnya ke Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan berkata pakatan pembangkang tidak layak dipanggil sebagai Pakatan Rakyat kerana  gabungan di dalam parti tersebut masih tidak mendapat pengiktirafan daripada pendaftar pertubuhan.

“Lagi satu bila pula rakyat berpakat menyokong mereka. Jadi kepada seluruh pimpinan kita dan media, hentikan guna PR sebagai  pakatan rakyat. Mereka sebenarnya golongan cacamerba, mereka adalah puak pembangkang.  Oleh kerana itu saya menyeru tidak lagi sebut pakatan rakyat…pakatan dua tiga kerat bolehlah..atau puak pembangkang,” katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s