Alahai!! Calon Pas Sekadar Diperguna Untuk “Test Market”

JASIN, 25 Feb – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyifatkan tindakan Pas meletakkan Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri,Yuhaizat Abdullah sebagai calonnya bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau tidak lebih sekadar bahan uji  bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Justeru beliau berharap pengundi di DUN Merlimau menolak calon Pas tersebut yang tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu selain hanya dipergunakan bagi Pas menguji kekuatan.

“Beliau ini cuma digunakan oleh Pas untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan Pas yang mendulukan DAP,” katanya.

Tegasnya rakyat khususnya pengundi di Merlimau memerlukan wakil rakyat yang boleh memberi khidmat kepada mereka seperti mana yang dilakukan wakil rakyat terdahulu.

Malah beliau turut membidas pembangkang khususnya Pas yang mula membuat serangan kononnya pemilihan calon Barisan Nasional (BN) dibuat atas faktor keluarga.

“Ini menunjukkan pembangkang tak ada modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk Pas, PKR dan DAP.

“Walaupun beliau anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan,” katanya.

Beliau juga turut menolak dakwaan kononnya Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini sebaliknya ia akan berlaku  jika Pas memerintah negara ini.

Ini kerana kata beliua parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

“Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi…demokrasi, sebab itu Pas dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, Dap dapat Penang dan PKR  dapat Selangor.

“Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap…tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan,” katanya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s