Orang Melaka Pun Tahu Pas Hanya Buat “Pas Pis Pus”

JASIN, 24 Feb – “UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat amal soleh, bina jalan, masjid, surau, sekolah, universiti, hospital dan banyak lagi… tapi orang kata Pas cuma buat ‘Pas Pis Pus’,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau menegaskan, Kerajaan BN menjadi pembela dan penyelamat rakyat sebaliknya Pas dan rakan subahatnya Dap dan PKRmembuat zalim menafikan hak anak yatim asrama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Selangor.

Jelasnya ini dibuktikan apabila rancangan YBK hendak membina kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor dinafikan pakatan pembangkang di Selangor.

“Hak 7,000 anak Melayu untuk belajar di kampus baru itu dinafikan dengan pelbagai alasan, termasuk urusan tanah kerana Pas dan PKR akur sejak berkawan dengan Ronnie Liu dan Exco gambar telanjang.

“Tapi Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam selamatkan mangsa zalim itu. Saya ingat lagi pada waktu itu dalam beberapa minit berbual dengan Pengerusi YBK, Ustaz Zainal Sakom, Datuk Ali terus lulus tapak UiTM d Kg Seri Mendapat, Jasin”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu penduduk Kampung Chin Chin Ulu,  di Jasin, di sini, Rabu malam.

Atas keprihatinan BN terutama Ketua Menteri, kata beliau lagi telah membuatkan orang Melaka khususnya penduduk di Jasin mendapat untung sedangkan rakyat di Selangor rugi ekoran hak mereka dinafikan kerajaan pakatan pembangkang.

“Rahmat amal baik BN itu orang kampung juga yang dapat sebab lebih 2,000 pelajar akan duduk luar kampus, jadi kampung Seri Mendapat dan Jasin nikmati peluang ekonomi,” katanya.

Beliau seterusnya melahirkan rasa bangga dan berharap orang Melaka dapat kewibawaan, keikhlasan dan kecekapan pimpinan BN.

“Begitulah cepatnya pemimpin BN buat keputusan. Kerajaan Pas dan rakan-rakan pembangkang hanya buat zalim.

“BN dengan pantas buat keputusan yang akhirnya rakyat Jasin dapat manfaat yang banyak,” ujarnya.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s