Roslan, Pemimpin Muda Jasin Calon Pilihan BN Di Merlimau

JASIN, 23 Feb. – Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Datuk Ahmad Isnin, 44, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Beliau adalah anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974 – 978) Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.

Pengumuman tersebut dibuat di Pusat Operasi BN, di Jalan Jasin di sini.

PRK DUN Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan dengan penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini berikutan penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari 2011 lalu.

BIODATA
Nama: Roslan Ahmad
Tempat Lahir: Merlimau Pasir
Umur: 44 Tahun
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Zalifah Hj. Omar
Anak: 4 Orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)
Kerjaya: Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.

Pendidikan
i. Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
iii. Sekolah Menengah Teknik Melaka
iv. Maktab Adabi Muar
v. Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur / Swansea Institute Higher Education (S.I.H.E) UK.

Pengalaman Politik
i. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau (1998-2008)
ii. Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau (2008-2011)
iii. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (1998-2001)
iv. AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Negeri Melaka (2001-2004)
v. AJK UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Bahagian Jasin (2008-2011)

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s