Pengundi Tahu Nilai Saya, Soal Kaitan Keluarga Bukan Isu Besar

JASIN, 23 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Datuk Ahmad, 44 percaya pengundi akan menilai beliau berdasarkan kekuatan dirinya sendiri terutama rekod pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik di samping khidmat dan pergaulannya dengan masyarakat setempat selama ini.

Sambil menyifatkan pemilihannya sebagai ketentuan  dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, beliau yakin soal keluarganya yang sebelum ini turut menjadi wakil rakyat bukan satu isu besar.

“Saya yakin pengundi akan menilai dari pelbagai sudut. Dengan sokongan padu parti dan jentera parti serta pemimpin pelbagai peringkat, saya percaya pengundi akan member sokongan kepada BN”, katanya.

Beliau yang berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan kini bertugas sebagai Pengurus di Unit Pelaburan di Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Melaka.

Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Sungai Rambai (1969-1978) yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.

Bapa saudaranya pula ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu selama tiga penggal (1986-1999).

Roslan, anak ketujuh dari sembilan adik-beradik berkata beliau berazam untuk melonjakkan DUN Merlimau sebagai hub perindustrian di kawasan sebelah selatan Melaka.

“DUN Merlimau juga turut bertuah kerana sebagai hub pendidikan dan kini mempunyai banyak institut pendidikan tinggi yang beroperasi di sini, di Jasin ini.

“Dengan pelbagai  perancangan dari kerajaan khususnya kerajaan negeri saya yakin Merlimau mempunyai potensi yang besar yang boleh member banyak manfaat kepada penduduk di sini,” katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s