Calon BN Ada Kekuatan Tersendiri, Dikenali Masyarakat

JASIN, 23 Feb  –  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemilihan Roslan Datuk Ahmad, 44 sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berdasarkan merit beliau sendiri yang mempunyai rekod pengalaman dan pemimpin yang dikenali di kalangan pengundi DUN di sini.

Roslan jelas Muhyiddin lagi sungguhpun bapanya pernah menjadi Adun kawasan itu manakala bapa saudaranya pula, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu namun setelah dinilai pucuk pimpinan beliau dilihat mempunyai kekuatan tersendiri.

“Walaupun dari segi perhubungan dan pertalian itu tidak boleh kita elakkan tetapi yang penting dan dinilai oleh pucuk pimpinan ialah beliau  sendiri, berasaskan latar belakang dan potensi beliau itulah yang paling utama.

“Ini diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN selepas kita menerima cadangan dan proses penyaringan berkali-kali dan kita dapati saudara Roslan adalah calon paling sesuai,” katanya  selepas majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk M.Kayveas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pimpinan BN lain.

Selain Ahli Jawatankuasan UMNO Bahagian Jasin, Roslanjuga  ialah Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Melaka berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.

Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.

Muhyiddin berharap jentera BN yang telah bersedia hampir sebulan menghadapi pilihan raya kecil itu akan dapat meningkatkan undi majoriti berbanding pilihan raya umum lepas.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s