Pas Ubah Pendirian Untuk Taktik Tagih Sokongan Melayu Di Merlimau

JASIN, 21 Feb –  Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan perubahan pendirian Pas kononnya parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu sebagai  taktik untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau pada 6 Mac depan.

Tegasnya jika benar Pas mengutamakan perjuangan orang Melayu, beliau mencabar parti itu menyuarakan keperluan masyarakat Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain yang diperintah kerajaan pakatan pembangkang.

“Saya yakin itu matlamat Nik Aziz untuk meraih sokongan pada pilihan raya kecil tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Melaka di Merlimau di sini, Ahad.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendirian dan pendekatan Pas boleh berubah-ubah dan mereka menggunakan bukan sahaja agama malah bangsa untuk kepentingan politik mereka.

“BN konsisten dalam perjuangan untuk membela nasib semua kaum tanpa mengira di mana mereka berada di negara ini”, ujarnya.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s