Calon BN Akan Diumum Minggu Depan – Najib

JASIN, 19 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan dan DUN Kerdau, Pahang akan diumumkan minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan pada Selasa ini manakala calon DUN Merlimau pada keesokannya.

“Saya dah hampir-hampir buat keputusan daripada senarai tujuh nama yang diserahkan kepada saya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama jentera pilihan raya DUN itu di Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak pada 6 Mac ini manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Feb ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN tidak akan menghadapi masalah bagi menyusun jentera dalam menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung serentak.

“Bukan sahaja dua (Kerdau dan Merlimau), malah kita boleh bertindak banyak kawasan serentak. Kita pernah hadapi pilihan raya kecil di Sabah (Parlimen Batu Sapi) dan Kelantan (DUN Galas) serentak pada tahun lalu,” katanya.

Najib berkata motivasi pemimpin BN mengadakan kempen di Merlimau juga tinggi tambahan dengan Mohd Ali membuat segala perancangan bagi mengerakkan jentera pilihan raya.

Najib berkata beliau berpesan kepada jentera parti supaya bekerja penuh semangat secara berterusan.

“Pilihan raya kecil ini, kita tak tahu apa yang diandaikan tetapi kalau kita ambil tindakan berdasarkan perancangan yang disusun atur, saya percaya apa yang kita hasratkan akan menjadi kenyataan,” katanya. MediaUMNO

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s