Kempen Serangan Peribadi, Jual Agama Tak Laku Di Merlimau – Ali

JASIN, 14 Feb – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam percaya taktik serangan peribadi, putar belit agama dan sentimen perkauman yang berulangkali dimainkan pembangkang pada setiap pilihanraya kecil akan sekali lagi ditolak pengundi di Merlimau.

“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku.

“Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi pengundi di negeri ini khususnya di Merlimau lebih mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan yang boleh memberikan mereka lebih manfaat.

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.”

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.

“Apa yang mereka minta telah dan sedang kita selesaikan jadi saya rasa tidak ada masalah besar yang tidak boleh kita selesaikan.  Kalau pembangkang nak ungkit perkara itu dan jadikan isu… kita takde masalah berdepan dengan mereka”, ujarnya.

Mengenai tindakan pembangkang yang akhirnya meletakkan calon Pas bagi bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Merlimau pada 6 Mac ini, beliau berkata pakatan pembangkang sebenarnya saling bertikaman antara sesama sendiri.

Kata beliau lagi tindakan Pas yang mahu mengekalkan status quo telah menyebabkan perasaan kurang senang DAP yang mahukan pembangkang meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sebab itu siang-siang lagi DAP, Lim Guan Eng kata pembangkang akan kalah.  Ini satu sabotaj secara halus DAP kepada Pas.  DAP mahu PKR tapi Pas mahu kekalkan kawasan sedangkan kalau kita lihat pembangkang silih berganti letak calon mereka di sini.

“Kalau ikutkan sepatutnya memang calon PKR…ini yang buat DAP dan PKR kurang senang dan kita tak hairan kalau DAP dan PKR akan sabotaj.  Tapi ini cerita rumah tangga pembangkang… biarkan saja mereka sebab bagi kita, kita mahu fokus menangkan calon kita”, katanya.

Mengenai persediaan jentera Barisan Nasional (BN) pula beliau berkata setakat ini beliau cukup berpuas hati dengan persiapan jentera.

“Proses berkempen belum lagi bermula tapi persediaan kita cukup lancar dan sebaik saja selesai proses penamaan calon saya yakin jentera kita sudah cukup bersedia untuk berperang habis-habisan.

“Berdasarkan persedian dan momentum jentera parti kita yakin BN mampu mempertahankan kawasan ini dengan majoriti yang lebih baik berbanding pilihanraya umum lalu”, ujarnya. -MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s