BN Umum Calon Bagi DUN Merlimau 23 Februari Ini

JASIN, 14 Feb – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 23 Feb ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyerahkan senarai nama calon tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.

“Kita sedang memeriksa latar belakang semua nama-nama yang kemukakan, banyak yang layak, orang di sini, yang memang telah dicadangkan di peringkat bahagian Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan  perjumpaan dengan jentera BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau di Merlimau  di sini, hari ini.

Mohd Ali sebelum ini menyatakan sebanyak tujuh nama disenaraikan untuk dipertimbangkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN untuk dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan  jentera BN sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas secara berfokus dan  terancang dengan harapan untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada  pengundi.

“Saya beritahu mereka dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya kecil ini pengundi adalah raja, mereka penentu bagi kita, sepatutnya kita membentuk satu hubungan yang rapat dengan pengundi bukan setakat menemui mereka tetapi mendengar perkara yang mereka mahukan kita dengar,” katanya.

Ditanya kemungkinan pembangkang akan memainkan semangat perubahan di Mesir pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin berkata rakyat tahu apa yang kita amalkan di Malaysia dan apa yang telah kita usahakan selama ini tidak boleh bandingkan dengan apa yang berlaku di Mesir.

“Senario di sana berbeza, sistem kerajaannya tidak serupa dan mungkin  masalah yang timbul hingga menyebabkan dikatakan revolusi kerana rakyat tidak  puashati, tidak ada perhatian soal nasib mereka.

“Di Malaysia sejak awal hingga sekarang tumpuan kita tidak ada yang lain ialah soal kebajikan rakyat, walaupun ada masalah dan cabaran bukan mudah tetapi kita akui yang ia menjadi perhatian, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang ini rakyat didahulukan,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia rakyat sudah terdidik dengan sistem demokrasi di mana rakyat boleh bersuara melalui pelbagai saluran.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s