“Walkabout” Muhyiddin Di Pekan Merlimau Dapat Sambutan Meriah Peniaga, Penduduk


JASIN 14 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan “walkabout” sekitar pekan lama Merlimau  sempena lawatan beliau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan hari ini.

Para peniaga serta penduduk sekitar tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan pemimpin negara yang  turun padang ke pekan terbabit walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai orang nombor dua negara.

Beliau meluangkan masa kira-kira hampir sejam beramah mesra dengan peniaga sekitar pekan berkenaan selain sempat menunjukkan bakat sebagai penjual sate di pekan tersebut.

Muhyiddin turut meluangkan masa minum dan makan kuih-muih bersama penduduk dan orang ramai yang menunggu ketibaan beliau  dan kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya untuk mengenali dengan lebih dekat pemimpin nombor dua negara.

Terdahulu sebelum itu, berucap pada majlis pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil  Merlimau, Muhyiddin berkata kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada usaha membangunkan bidang pendidikan kepada semua pihak dalam negara tanpa mengira sekiranya seseorang itu dari kaum minoriti sekalipun.

Menurut beliau matlamat kerajaan adalah untuk melihat semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah total, tidak pernah mengenepikan sekolah jenis kebangsaan komitmen kita dalam memajukan bidang pendidikan tidak pernah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Saya menerima permohonan setiap hari untuk menambah bilik-bilik darjah,” katanya dengan menambah kerajaan sentiasa bersedia memberi  peruntukan untuk membangunkan keperluan pendidikan kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghampakan permohonan rakyat yang mahukan pendidikan yang terbaik walaupun mereka terdiri daripada kaum minoriti.

“Kalau di sesetengah negara, minoriti itu maknanya (keperluan mereka) diambil kira kemudian (tetapi) tidak di Malaysia, selagi dia rakyat Malaysia, dia taat setia kepada negara ini, dia mendapat layanan yang adil dan saksama, dia berhak mendapat apa saja sokongan dan keperluan untuk dibantu oleh kerajaan,” katanya.

Bangunan empat tingkat SJKT Merlimau itu akan dibangunkan di tapak seluas dua hektar dengan kos kira-kira RM4 juta.

Turut hadir majlis hari ini ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -MediaUMNO


 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s