Yakin Akan Menang Majoriti Lebih Tinggi – BN Melaka

MERLIMAU, 10 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau amat yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang tinggi di Pilihan Raya Kecil (DUN) Merlimau berbanding pada pilihan raya pada 2008.

“Melihat reaksi pengundi, saya amat yakin kita mampu menang besar jauh lebih baik dari pilihan raya 2008. Saya telah berjumpa dengan pengundi Cina dan India, sokongan mereka kepada UMNO dan BN amat tinggi,” ujarnya.

PRK diadakan di Merlimau berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Ketika ditanya mengenai tindakan PKR yang meletakkan calon Pas untuk bertanding di Merlimau, beliau menjelaskan, siapa sahaja yang diletakkan baik dari Keadilan, Pas atau Dap sekalipun keadaan tetap sama.

“Merlimau adalah kubu BN. Letaklah calon dari mana sekalipun, masyarakat di sini tetap memilih BN. Apa yang penting, jentera BN harus bekerja keras bagi memastikan kita menang dengan majoriti yang besar.

“Kita harus meneruskan momentum di Tenang. Sekarang ini, sasaran kita adalah menang dengan majoriti besar. Semua jentera BN harus memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai fitnah-fitnah yang disebarkan oleh pembangkang,” ujarnya penuh yakin.

Beliau yang juga merupan Ketua Menteri Melaka turut melahirkan ucapan terima kasih kepada  para pengundi berbilang kaum kerana terus mempercayai UMNO dan BN menerajui Negara. – MediaUMNO

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s