Pas Terus Diperbodohkan Sekutu Pembangkang

KUALA LUMPUR, 9 Feb. – Pas terus-terusan menjadi kuda tunggangan dalam pakatan pembangkang apabila dipergunakan dalam setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuklah yang terbaru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Pas kerana sanggup terus diperbodohkan oleh pakatan yang dianggotainya atas alasan bergilir .

“Persoalannya, kenapa PKR tak ambil kerusi di Merlimau sedangkan sejak dari awal mereka sememangnya mahu bertanding dalam PRK tetapi apabila mereka melihat dominasi BN di Tenang, maka Pas dijadikan sebagai kambing hitam,” katanya kepada UMNO Online.

Isnin lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pakatan pembangkang sebulat suara bersetuju Pas bertanding pada PRK Merlimau yang akan berlangsung 6 Mac depan.

“PKR dan Dap tahu bahawa mereka akan kalah dalam PRK tersebut lantas mereka meletakkan Pas kerana apabila tewas, maka ia tidak akan memberi impak besar kepada parti mereka berbanding dengan Pas.

“Tambahan pula, PKR sekarang ini berdepan dengan masalah dalaman mereka apabila ramai anggotanya yang meninggalkan parti sehinggakan mereka dilabel sebagai ‘parti keluar ramai-ramai’,” katanya.

Jelas Tengku Adnan lagi, pakatan pembangkang ini berdepan dengan pelbagai masalah yang semakin lama semakin meruncing.

“Kolaberasi pembangkang ini tidak akan berterusan kerana akhirnya ia akan bercakaran sesama sendiri dan saling mengambil kesempatan sebagaimana mereka lakukan pada Pas di PRK Tenang dan Merlimau.”

“Kolaberasi pembangkang ini tidak akan berterusan kerana akhirnya ia akan bercakaran sesama sendiri dan saling mengambil kesempatan sebagaimana mereka lakukan pada Pas di PRK Tenang dan Merlimau.

“Mereka dah lama pecah dan sekarang tunggu masa untuk berderai saja dengan Pas terus diperbodohkan oleh kedua-dua kawan mereka iaitu PKR dan DAP.

PRK DUN Merlimau bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154. – MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s