Cuba Nasib Di Merlimau : Lagi Sekali Pas Dipermainkan Pakatan

KUALA LUMPUR 8 Feb –  “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam” adalah perumpamaan yang  sesuai untuk pakatan pembangkang yang mempertaruhkan calon Pas  di pilihan raya kecil (PRK) DUN Merlimau pada 6 Mac nanti.

Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Haron menyifatkan hasrat Pas untuk bertanding di PRK Merlimau bagaikan mencuba nasib seperti mana yang berlaku di DUN Tenang, Johor  baru-baru ini apabila mereka meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

“Keputusan pakatan pembangkang meletakkan calon Pas di Merlimau tidak lebih untuk menguji sokongan rakyat terhadap mereka walaupun mereka menyedari Merlimau adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Keputusan pakatan pembangkang meletakkan calon Pas di Merlimau tidak lebih untuk menguji sokongan rakyat terhadap mereka walaupun mereka menyedari Merlimau adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).”

“Seperti apa yang berlaku di Tenang, pakatan pembangkang mengetahui peluang untuk mereka untuk menang adalah sukar, dan hanya sekadar untuk mengurangkan majoriti yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya lalu,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata, keputusan pembangkang meletakkan calon Pas di Merlimau selepas mendapati pengundi Melayu adalah jumlah pengundi paling ramai berbanding kaum lain.

Menurutnya, Pas terus dijadikan bahan ujian pakatan pembangkang seperti mana di Tenang, dan mereka kali ini berkeyakinan mampu melakukan sesuatu pada PRK DUN Merlimau walau tidak berpeluang untuk menang dapat mengurangkan majoriti BN.

“Kalau kita lihat pada PRU 2004, pembangkang meletakkan calon PKR berketurunan India, tetapi merekan kalah teruk, PRU 2008 mereka letak calon Pas dan berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,000 (2004) kepada lebih kurang 2000 undi.

“Sebab itu kali ini mereka meletakkan calon Pas di Merlimau dan yakin mampu buat kejutan kerana pengundi Melayu adalah penduduk kampung berbanding di Tenang kerana pengundi Melayunya adalah peneroka Felda,” katanya.

Idris yakin pengundi di Merlimau bijak dalam menentukan siapa yang harus menjadi wakil rakyat, bukannya berdasarkan kepada calon atau parti kerana sudah terbukti hanya BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat.

“Ini bukan soal siapa calon atau parti tetapi yang penting ialah mereka yang dipilih dan boleh menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, BN sudah terbukti dalam soal memperjuangkan nasib rakyat, dan saya pasti pengundi di Merlimau tidak akan terpedaya dengan tipu helah pembangkang.

“Seperti kita ketahui, Pas akan membuat pelbagai fitnah dalam usahanya untuk memburuk-burukkan BN termasuk cuba mengelirukan pengundi termasuk menggunkan isu agama, saya harap pengundi tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh Pas,” katanya.

Beliau berkata, pakatan pembangkang harus sedar hasil dari tiga pilihan raya yang diadakan sebelum ini di mana semuanya berpihak kepada BN termasuk di Galas, Kelantan yang kononnya didakwa sebagai negeri selamat untuk Pas dan pakatan pembangkang. –MediaUMNO.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s