Pas Kitar Semula Isu Lapuk Tagih Sokongan

KUALA LUMPUR 7 Feb – Pas yang kekeringan idea bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti, nampaknya terpaksa mengolah semula isu lapuk mereka dengan menjadikan agama sebagai bahan kempen dalam usaha mendapatkan sokongan.

Golongan warga emas dan suri rumah menjadi sasaran muslimat Pas yang kini giat bergerak menjalankan kempen dari rumah ke rumah sejak DUN Merlimau diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Muslimat Pas dikatakan menyebarkan pelbagai risalah serta dakyah memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), isu yang digunakan oleh mereka kepada golongan terbabit adalah membabitkan isu agama.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali menyifatkan apa yang dilakukan Pas itu membuktikan parti itu sudah ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan rakyat dan terpaksa menggunakan isu lapuk dalam usaha mereka mengelirukan pengundi di Merlimau terutama di kalangan warga emas dan suri rumah.

“Wanita UMNO ada menerima laporan yang mengatakan muslimat Pas sudah pun menjalankan kempen dari rumah ke rumah, mereka ini mensasarkan golongan warga emas dan suri rumah dan menggunakan isu agama.

“ Isu yang dibangkitkan itu adalah isu lapuk, Pas nampaknya makin terdesak sebab itu mereka gunakan isu agama untuk dapat sokongan, untuk itu mereka menggunakan kaum wanita untuk berkempen,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas apa yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya Pas apabila menggunakan muslimat Pas untuk berkempen dari rumah ke rumah bagi  menghadapi PRK Merlimau.

Rabiyah berkata, bagi mengekang apa yang dilakukan itu, Wanita UMNO sudah pun mengerakkan jentera Jalinan Rakyat untuk memberi penerangan kepada pengundi di Merlimau supaya mereka tidak terpedaya dengan apa yang disebarkan oleh pembangkang.

“Selain mengenal pasti pengundi, program dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh Wanita UMNO adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan serta menasihat kepada pengundi di Merlimau tidak terpedaya dengan pelbagai helah pembangkang.

“Kami juga menasihatkan dan mengingatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang yang meminta kad pengenalan dengan tujuan untuk bancian bagi mendapatkan sumbangan kebajikan.

“Saya juga meminta mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang cuba meminta kad pengenalan penduduk di sini,” katanya.

Menurutnya, sejak SPR mengumumkan tarikh PRK Merlimau, Wanita UMNO sudah pun mengerakkan jenteranya seperti mana yang sering dilakukann pada setiap kali PRK diadakan sebelum ini. MediaUMNO.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s