Jentera Wanita Siap Sedia Bantu Calon BN

JASIN, 4 Feb – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu jentera pilihan raya wanita UMNO telah bersiap sedia untuk membantu calon BN memenangi pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

“Mereka sudah mahir dalam kerja-kerja pilihan raya dan mereka menunjukkan kepimpinan yang baik,” katanya.

Berkaitan dengan calon, Shahrizat meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Katanya harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.

“Kita menunggu keputusan daripada Ketua Menteri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Sungai Ramai dekat sini, hari ini.

Mohd Ali juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s