Puteri Kerja Keras Pastikan Pengundi Luar Balik

LABIS, 26 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, jentera pilihan raya Puteri di Tenang sedang berusaha untuk memujuk dan menarik seramai 1, 314 pengundi kawasan tersebut yang kini berada di luar daerah.

“Kita sedang cuba mengesan dan memujuk mereka untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Undi mereka amat penting,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gerak kerja Puteri UMNO di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Selain itu, beliau turut menerangkan, gerak kerja Puteri di Tenang berjalan lancar. Pendekatan ‘1 to 1’ yang diamalkan sentiasa memberi hasil yang terbaik.

“Dengan cara ini kita akan lebih mendekatkan diri dengan pengundi sekaligus menyelami masalah mereka. Saya yakin, peranan Puteri amat besar di dalam memastikan pengundi muda sedar bahawa UMNO adalah pilihan yang terbaik,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Ketika di tanya mengenai persiapan satu lagi PRK iaitu di Merlimau, Rosnah berkata, beliau akan turun ke Merlimau pada 30 Januari akan datang untuk bermesyuarat mengenai gerak kerja yang bakal diatur.

“Saya akan berjumpa dengan semua jentera dan selepas itu barulah gerak kerja besar-besaran akan dilakukan. Namun, sesi taklimat telah diadakan bagi menerangkan secara asas gerak kerja yang akan dilakukan kelak,” terang beliau.

Rosnah juga tidak menolak kemungkinan strategi yang sama akan tetap diterapkan di Merlimau nanti. “Apa yang telah kita lakukan selama ini memang berkesan dan tidak mustahil ianya akan diteruskan. Mungkin akan ada penambahan strategi tetapi tunggulah hasil perjumpaan di Merlimau nanti,” ujarnya lagi.

Menurut Rosnah, Pergerakan Puteri UMNO sentiasa bersedia untuk melakukan tugas bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan UMNO terus mengekalkan kerusi DUN baik di Tenang mahupun Merlimau. – MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s