Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau

Kuala Lumpur, 26 Jan- Kita sudah bersedia sejak sekian lama, bukan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tetapi Pemuda BN Jasin sudah lama menjalankan gerakkerja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 tidak lama lagi, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan.

”Kita dah lama mengerakkan jentera Pemuda, bukan sahaja Pemuda UMNO malah Pemuda parti-parti kompenan juga sudah mengerakkan jentera masing-masing untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Namun, kepulangan ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan ke rahmatullah baru-baru, akan menguji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang bakal dilalui jentera kita bukan sahaj dalam PRK Merlimau nanti, malah menambahbaik kekuatan dan memperbaiki kelemahan menjelang PRU 13 kelak,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online mengulas gerakkerja Jentera Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tidak lama lagi.

Dalam masa ini, kekuatan Pemuda BN serta kefahaman dan kerjasama semua sayap-sayap dan parti-parti kompenan BN amat penting, bukan sahaja memastikan kemenangan cemerlang calon BN kelak, malah ia merupakan penanda aras persediaan jentera BN Jasin dalam menuju kepada gerakkerja Pilihanraya Umum kelak.

”Oleh itu, kami Pemuda BN sebulat suara akan menyokong mana-mana calon yang bakal bertanding mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Merlimau kelak.

Yang penting, calon yang akan ditonjolkan BN nanti haruslah calon yang boleh diterima rakyat khususnya di DUN Merlimau. Calon yang berdedikasi dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, seterusnya meneruskan kesinambungan kerja-kerja yang yang telah dibuat sebelum ini oleh Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir semasa hayatnya,” ujarnya lagi.

DUN merlimau akan menyasikan satu pilihan raya kecil dalam masa yang terdekat berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827. -MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s