Pas, PKR Berebut Kerusi DUN Merlimau!

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Pemuda Pas mahu hak parti itu untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dikekalkan dan dihormati rakan dalam pakatan pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan bahawa perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Pas pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebelum itu, kerusi tersebut ditandingi Semangat 46 pada 1995.

Beliau berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

“Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada Pas. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya.

“Saya juga tidak suka tindakan yang diluar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Nasrudin berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s