Takziah, Jasamu Dikenang Mohamad Hidhir Abu Hasan…

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Jan lepas.

“Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media,” kata Kamaruddin dalam satu kenyataan.

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s