BN Yakin Pertahan Merlimau

JASIN 25 Jan. – Jentera Barisan Nasional (BN) negeri kini sudah cukup bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, semangat jentera komponen BN semakin tinggi untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurutnya, BN cukup yakin untuk mempertahankan kerusi yang belum pernah dimenangi pembangkang sejak merdeka berikutan sokongan rakyat terhadap BN semakin positif.

Ujarnya, lebih menyakinkan adalah sokongan daripada pengundi Cina dan India yang semakin mantap.

”Suasana di DUN Merlimau nampak positif terhadap BN dan ini memberi keyakinan untuk kita menang lagi pada pilihan raya kecil yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada bila-bila masa.

”Lebih penting, saya lihat kerjasama daripada semua parti komponen BN terdiri daripada MIC, MCA, PPP, Gerakan dan IPF yang bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat peti undi DUN Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Majlis taklimat tersebut dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi komponen BN.

BN negeri turut melantik ketua-ketua di tujuh peti undi iaitu di Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri berkata, berdasarkan daftar undi sehingga 31 Disember lalu, jumlah pengundi yang terdapat di DUN Merlimau ialah 10,767 dengan Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina, 20.8 peratus, India, 14.4 peratus dan lain-lain bangsa, 0.7 peratus.

Mengulas peluang BN untuk menang, beliau berkata, perkara itu tidak mustahil asalkan jentera komponen BN bekerja keras menemui pengundi hingga ke peringkat akar umbi.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

”Sasaran BN adalah untuk menang dengan majoriti yang lebih tinggi daripada apa yang dicapai pada 2008 dan perkara tersebut tidak mustahil untuk dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua cawangan parti komponen BN mula menyusun jentera dan bersiap sedia untuk bergerak sebaik SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s