TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham ADUN Merlimau

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau, Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, yang kembali ke rahmatullah malam semalam.

“Saya dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang bersikap rendah diri serta sentiasa bersedia menawarkan bantuan bukan sahaja kepada penduduk di sekitar kawasan Merlimau malah juga kepada rakyat Melaka,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bersesuaian dengan jawatan Allahyarham sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri.

Katanya kehilangan Allahyarham bukan sahaja dialami oleh kaum keluarga beliau, malah turut dirasai oleh para penduduk Merlimau.

“Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Kami berdoa semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga beliau dihimpunkan bersama golongan orang yang soleh,” katanya.

Mohamad Hidhir, 54, yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, Melaka pada pukul 8.10 malam.

Allahyarham berada dalam keadaan koma serta kritikal petang semalam dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu.

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Utama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s