Merlimau Catat Sejarah PRK Ke-15

Oleh: Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka bakal menghadapi pilihan raya kecil (PRK) ke-15 bagi musim ini yang tentunya menambahkan lagi jumlah siri PRK selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Siri PRK ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara sejak Pilihan Raya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955.

Ini bermula dengan PRK P. 44 Permatang Pauh yang diadakan berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Ogos 2008 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi 26 hari kemudian.

Seterusnya, ia beralih ke Pantai Timur apabila P.36 Kuala Terengganu kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 2 Disember 2008 dan pengundian diadakan pada 17 Januari 2009.

Selepas itu, tiga PRK berlangsung serentak pada 7 April 2009 apabila wakil rakyat P.59 Bukit Gantang, Perak Tuan Haji Roslan Shahrum dan Datuk Dublin Unting Anak Ingkot iaitu wakil rakyat N.29 Batang Ai, Sarawak meninggal dunia sementara penyandang N.25 Bukit Selambau, Kedah V.Arumugam meletak jawatan.

Dalam PRK Bukit Selambau juga telah menyaksikan rekod pertandingan apabila seramai 15 calon telah menawarkan diri untuk bertanding terdiri daripada seorang calon Barisan Nasional (BN) dan PKR manakala 13 orang adalah calon bebas.

Tidak habis di situ, wakil rakyat N.12 Penanti, Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan pada 19 Mac 2009 yang mengakibatkan wujudnya PRK pada 31 Mei. Dalam PRK ini BN tidak meletakkan sebarang calon sebaliknya PKR ditentang oleh tiga orang calon bebas.

Menyusul selepas itu, satu lagi PRK diadakan di N.14 Manek Urai apabila penyandangnya Ismail Yaacob meninggal dunia 22 Mei 2009 dan SPR menentapkan hari pengundian pada 14 Julai 2009.

PRK berterusan berlangsung berturut-turut selepas itu ekoran kematian wakil rakyatnya iaitu N.11 Permatang Pasir iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (meninggal 31 Julai 2009; PRK 25 Ogos 2009), N.31 Bagan Pinang Azman bin Mohammad Noor (meninggal 4 September 2009; PRK 11 Oktober 2009), P.94 Hulu Selangor Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (meninggal 25 Mac 2010; PRK 25 April 2010).

PRK juga turut diadakan di P.212 Sibu berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010 (PRK 16 Mei 2010), diikuti PRK N.45 Galas, Kelantan apabila wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010. PRK Galas berlangsung serentak pada 4 November 2010 dengan PRK P.185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Datuk Ir. Chong Ket Wah yang terlibat dalam nahas jalan raya pada 9 Oktober 2010.

PRK terdekat yang bakal diadakan di DUN N.05 Tenang, Johor pada 30 Januari ini juga berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa berapa banyak sekalipun PRK berlangsung pada musim ini namun ia tetap membuktikan sistem demokrasi negara ditegakkan dan berjalan dengan lancar. – MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Eksklusif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s