ADUN Merlimau Meninggal Dunia, Kebumi Selepas Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Merlimau, Melaka Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, kembali ke rahmatullah pada pukul 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Jenazah beliau dijadualkan akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Kammpung Cincin.

Mohamad Hidhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Melaka mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui di hospital di sini malam ini berkata allahyarham disahkan meninggal dunia selepas alat itu menunjukkan tanda mendatar.

“Kerajaan negeri, dan bagi pihak semua rakyat negeri ini mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, dan jenazah akan dibawa ke rumahnya malam ini sebelum dikebumikan esok,” katanya.

Antara yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham malam ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Othman Muhammad, anggota Exco, pemimpin dan ahli poltik Barisan Nasional (BN).

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak seminggu lepas bagi membersih arteri yang tersumbat selepas mengadu perutnya tidak selesa sejak kembali dari Taiwan pada 13 Januari lepas.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.

Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, memenangi pilihan raya pertamanya menewaskan S.Jayathas dari parti Keadilan dengan majoriti 5,087 undi dan pada pilihan raya lepas, beliau menang dengan majoriti 2,154 mengalahkan pencabarnya, Jasme Tompang dari parti PAS.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sininya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Mohd Ali berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung ChinChin. – MediaUMNO

 

About 1merlimau

Media UMNO Malaysia
This entry was posted in Eksklusif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s