YB Roslan Angkat Sumpah ADUN Merlimau

MELAKA, 7 Mac – Roslan Ahmad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Merlimau.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad.

Majlis tersebut diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka kali ke-12.

Turut menyasikan acara itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Roslan, 44, selaku calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kawasan DUN Merlimau semalam dengan menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Dengan kemenangan Roslan yang juga Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, BN mengekalkan 23 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

Lima lagi kerusi diduduki wakil DAP.

Dewan turut merakamkan penghargaan dan menyampaikan bacaan Al-Fatihah kepada mantan DUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidir Abdullah yang meninggal dunia 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Gambar Kemenangan Barisan Nasional

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Gambar Hari Mengundi

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Calon BN Yakin BN Kekal…. Majoriti Bertambah

JASIN, 5 Mac – Calon  Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, yakin BN akan terus kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dengan majoriti undi yang lebih tinggi berbanding pilihanraya umum 2008.

Jelas beliau sepanjang kempen yang dilakukannya dan jentera BN, pengundi telah memberi respon yang cukup positif walaupun diasak dengan pelbagai serangan dan fitnah pembangkang.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Awal-awal Lagi Parti Lempeng Dah Kena 2 – 0

JASIN, 5 Mac -  Kurang 12 jam sebelum hari pengundian bermula Barisan Nasional (BN) sudah mendahului calon Pas, 2 – O, begitulah kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam ketika menghadiri Majlis Perasmian Mesin & Pelancaran Produk 3G dan Chantek OK di Kawasan Perindustrian Merlimau di sini.

“Belum apa-apa Pas dah kena dua kosong sebab awal-awal lagi kita dah dapat dua undi.  Calon kita Roslan dan isterinya pengundi di sini… calon Pas orang luar tak mengundi di sini.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jentera Pas Makin Semput…. Guna Taktik Perkauman Lapuk Hasut Pengundi Cina, India

JASIN, 5 Mac – Jentera pembangkang khususnya Pas di Merlimau kini tidak lagi memberi tumpuan untuk berkempen mendekati pengundi sebaliknya sedang sibuk mencari dan mencipta pelbagai alasan bagi menutup malu kekalahan mereka nanti.

Seperti kebiasaan selain menuduh jentera Barisan Nasional (BN) melakukan sabotaj, jentera pihak lawan kini giat menabur pelbagai fitnah termasuk menuduh BN mengedarkan risalah menghina kaum Cina dan India.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ummi Hafilda Buat Anwar & Juak-juak Pas Lari Tak Cukup Tanah Di Merlimau

JASIN, 5 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak Pas seperti lari tak cukup tanah malam tadi apabila dilanyak secukupnya oleh Ummi Hafilda dalam siri ceramah pembongkarannya di Kampung Permatang Serai di sini.

Dengan cara yang bersahaja Ummi mengupas dan mendedahkan satu persatu kejelekan Anwar termasuk abangnya sendiri Azmin Ali.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment